Penyanyi Nasyid Mengaku Tanam Pokok Ganja Untuk Kegunaan Sendiri — blog.mizukinana.jp
Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah
Penyanyi nasyid Yasin ditahan tanam 17 pokok ganja
Penyanyi nasyid dicekup terlibat kes dadah
Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Atas Kes Tanam Pokok Ganja & Miliki Dadah
Penyanyi nasyid jadikan rumah 'makmal' ganja, ada rekod dadah 10 tahun lepas
Penyanyi nasyid dicekup terlibat kes dadah
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
Oleh Nur Lina Mastura Petaling Jaya: Penyanyi nasyid yang juga komposer muzik ditahan kerana menanam dan memproses pokok ganja di kondominium di Kota Damansara, di sini, diserbu, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berumur 47 tahun yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah 10 tahun lepas itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B akta sama.
Suspek mengaku pokok ganja yang ditanam hanya untuk kegunaan sendiri… Hasil siatan awal pihak polis percaya suspek telah membeli sendiri benih dan belajar untuk menanam sejak 2 tahun lalu.
Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.
Penyayi tersebut juga pernah beberapa kali memenangi Anugerah Juara Lagu dengan lagu ciptaannya dan nyanyiannya malah banyak mencipta lagu untuk artis ternama di Malaysia.