Lanjutan daripada ini lah suatu Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar b al- Khattab.
§ Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti bercakap benar siddiq , amanah, menyampaikan wahyu tabligh , bijaksana fatanah , berakhlak, lemah lembut, berbudi pekerti, penyabar, toleran, berdikasi dan lain-lain.
§ Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
Kepimpinan baginda terserlah sewaktu baginda berada di kota Makkah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul.
Sewaktu berada di Madinah baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama.
Contohnya baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang Khandak.