Atas sebab itu, walaupun Melaka adalah sebuah empayar yang merdeka, ia tetap mempunyai hubungan dan ketundukan kepada Khalifah-khalifah Islam di Kaherah Daulah Abbasiyah dan Istanbul Daulah Othmaniyah.
Selain menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi, sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam dan ketua istiadat Melayu.
Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India Barat dan China Timur akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal.