Primadona itu menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila seorang wargamaya memuat naik status di Twitter mengenai perkahwinannya dengan menteri berkenaan.
Tular di media sosial sejak petang semalam kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara itu dikatakan sudah berkahwin dengan Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak.
Terdahulu menerusi perkongsian seorang wargamanya, Erra atau pemilik nama penuh, Fazira Wan Chek, didakwa mendirikan rumah tangga bersama ahli politik berkenaan di sempadan Thailand.