Pelajar yang mematuhi syarat kelayakan dan sihat tubuh badan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke program latihan sepenuh dan separuh masa tajaan Majlis Amanah Rakyat MARA di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Julai dan Januari setiap tahun.
Ianya bagi membolehkan para belia mendapat kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta usahwanan di daerah setempat dan dalam negara.
Sebarkan maklumat ini supaya manfaat dapat dikongsikan bersama.