Pendekatan ini melibatkan kerjasama antara Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Kolej-Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat berkaitan.
Kolej Komuniti Bandar Darulaman Alamat.
Kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.
Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.
Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil.