Pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri Aulong Nga Kor Ming semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak mendakwa tanah itu telah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.
Asmuni yang juga seorang daripada Exco kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Faizal ketika pentadbiran negeri diterajui PH mendakwa sepanjang menyandang jawatan itu, penjualan terbabit tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco untuk diluluskan.
Terdahulu, dia bersama Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim dan Ketua Dapsy Perak merangkap Adun Menglembu Steven Chaw hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Ipoh bagi membuat laporan tersebut.